suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh ketika hujan lebat, angin kencang

Keadaan panel dinding yang runtuh di stesen LRT Masjid Jamek. -Foto Nabil Nazri

PANEL dinding di stesen LRT Masjid Jamek runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang pada pukul 4.04 petang, kata Rapid Rail Sdn Bhd.  

Dalam satu kenyataan, pengendali perkhidmatan LRT itu memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan insiden itu tidak membabitkan kerosakan struktur utama stesen.  

"Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail," menurut kenyataan itu.  

Rapid Rail turut memaklumkan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian serta memastikan struktur stesen LRT Masjid Jamek berada dalam keadaan selamat.  

Anggota polis bantuan turut dikerahkan untuk memastikan pergerakan penumpang di stesen berjalan lancar.  

Dalam kenyataan sama, Rapid Rail memohon maaf kepada pengguna atas sebarang kesulitan.

Orang ramai juga dinasihati untuk menyemak media sosial rasmi Rapid KL untuk mengetahui perkembangan terkini.

Artikel Lain