suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri sambung beri keterangan Jumaat - SPRM

Ismail Sabri hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, pada Khamis.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyambung memberikan keterangan pada Jumaat.

Perkara tu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Ya, beliau akan dipanggil semula pada pukul 9 pagi esok,” katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas beri keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM, sempat lambai petugas media

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.45 pagi dan dilihat keluar pada pukul 3.13 petang.

Ismail Sabri kemudiannya membuat kenyataan ringkas bahawa beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa sehingga siasatan selesai.

Pada 3 Mac lalu, Azam Baki mendedahkan bahawa Ismail Sabri adalah suspek dalam siasatan rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dijalankan berikutan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di premis yang dipercayai sebagai 'safehouse' dalam serbuan.

Wang tunai itu ditemukan dalam pelbagai mata wang antarabangsa, serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

 

Artikel Lain