suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak lelaki tersangkut dalam tempayan ketika mandi

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki yang tersangkut dalam tempayan.

SEORANG kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila badannya tersangkut dalam tempayan ketika sedang mandi di bilik air rumahnya. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 malam, Sabtu.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian di Pangsapuri Saujana Damai, Jalan Raya Barat, Klang.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 7.39 malam, anggota bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun tersangkut di dalam tempayan ketika sedang mandi.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong tempayan sebelum mangsa berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan.

Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan, ujarnya.

Artikel Lain