suria

Sudah seminggu Fatimah ‘The Family UK’ alami pendarahan selepas pembedahan… Makin lemah sejak 2 hari lepas

Fatimah mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan pada minggu lalu.

KEADAAN kesihatan personaliti media sosial cilik, Fatimah 'The Family UK' semakin lemah sejak dua hari lepas.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail menerusi kiriman mesej kepada mStar pada Jumaat pagi.

"Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.

"Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti.

Fatimah terlantar di sebuah hospital sejak Mac.

Fatimah terlantar di sebuah hospital sejak Mac.

"Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas," ujarnya.

Fatimah, 10, atau nama sebenarnya Fatimah Omar Kukhlis kini ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham sejak Mac lalu.

Dalam pada itu, ibunya turut memohon jasa baik orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Fatimah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia rindu telatah comel Fatimah ‘The Family UK’... Keadaan kesihatan cetus tanda-tanya, ibu minta doa harapkan keajaiban

"Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami yang kini masih lagi berada di hospital.

"Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.

"Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata2 semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga," ujarnya.

Nor Ashila turut berkongsi perkembangan terbaharu anaknya itu menerusi Instagram The Family UK.

Pada 17 Mei lalu, mStar melaporkan Fatimah sedang terlantar di sebuah hospital.

Untuk rekod, Fatimah meraih populariti kerana bertutur dalam dialek Kelantan meskipun membesar di United Kingdom.

Telatah Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali dikongsi menerusi Instagram The Family UK yang memiliki lebih 700,000 pengikut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain