suria

Daftar masuk dengan teman lelaki, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 21 hotel

Mangsa ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar universiti berusia 24 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 21 balkoni sebuah hotel di Tanjung Bungah, dekat George Town, pada Rabu.

Mangsa dikatakan sedang bercuti bersama teman lelakinya, dan kedua-dua mereka dari Kelantan.

Polis menerima maklumat itu selepas mayatnya ditemukan oleh orang awam, manakala teman lelakinya sedang mandi ketika insiden berlaku pada kira-kira pukul 3.35 petang.

Menurut laporan, lelaki itu hanya menyedari kejadian itu selepas orang awam mengerumuni mangsa di tingkat bawah sebelum bergegas turun ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu dan polis telah merekodkan keterangan teman lelaki mangsa.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dipetik sebagai berkata bahawa siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

Difahamkan, insiden berlaku tidak lama selepas mangsa dan teman lelakinya mendaftar masuk di hotel berkenaan.

Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental atau terfikir untuk membunuh diri boleh menghubungi talian Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau 019-261 5999 di WhatsApp); Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (011-1959 8214 di WhatsApp); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929, layari www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor dan waktu operasi, atau e-mel [email protected] The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain