suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak MB Perlis tak mengaku buat tuntutan palsu lebih RM19,000

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bernilai bernilai RM19,505.10.

ANAK kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10.

Pengakuan pemuda berusia 35 tahun itu adalah berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Februari lalu.

Menerusi prosiding pada pagi Khamis, Mohd Syafeeq minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan Mohd Syafeeq didakwa menyerahkan dokumen Pesanan Kerajaan atas nama Mohd Farid Abdul Hamid, bernilai RM19,505.10, untuk penyediaan minuman kepada Tuanku Syed Sirajuddin di Hospital Tuanku Fauziah, walaupun mengetahui perintah itu mengandungi butiran palsu.

Dia didakwa mengemukakan tuntutan itu kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri, pembantu tadbir di Unit Pentadbiran Daerah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan niat mengelirukan pegawai atasannya pada 19 Februari lalu. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain