suria

Malaysia Airlines batal penerbangan dari KL ke Sabah dan Sarawak, bimbang letusan Gunung Ruang

Penerbangan MAB ke Sabah dan Sarawak dibatalkan kerana letusan Gunung Ruang.

MALAYSIA Airlines membatalkan beberapa penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi di Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada umum menerusi laman Facebook rasmi Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Senarai penerbangan yang terjejas:

Penerbangan Kuala Lumpur - Sabah

MH7420 (KUL-TWU)

MH7421 (TWU-KUL)

MH2612 (KUL-BKI)

MH2621 (BKI-KUL)

MH2710 (KUL-SDK)

MH2711 (SDK-KUL)

MH2610 (KUL-BKI)

MH2611 (BKI-KUL)

MH7404 (KUL-BKI)

MH7405 (BKI-KUL)

MH2613 (BKI-KUL)

Penerbangan Kuala Lumpur - Sarawak

MH2520 (KUL-KCH)

MH2513 (KCH-KUL)

MH2542 (KUL-KCH)

MH2543 (KCH-KUL)

MH2574 (KUL-MYY)

MH2575 (MYY-KUL)

MH2742 (KUL-BTU)

MH2473 (BTU-KUL)

Malaysia Airlines berkata pihaknya memantau rapat situasi melibatkan letusan Gunung Ruang dan akan memaklumkan pengemaskinian terkini menerusi laman media sosial dan komunikasi terus dengan penumpang terjejas.

"Syarikat penerbangan berusaha untuk menyediakan penerbangan alternatif kepada penumpang yang terjejas apabila keadaan bertambah baik.

"Penumpang diminta untuk mengemaskini butiran peribadi menerusi My Booking di Malaysia Airlines untuk menerima makluman daripada semasa ke semasa sama ada melalui email dan SMS.

"Keselamatan penumpang dan kru penerbangan menjadi keutamaan Malaysia Airlines," kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sama.

Terdahulu, gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, Indonesia meletus lebih tiga kali sejak Selasa.

Letusan Gunung Ruang dilaporkan mengeluarkan asap panas dan abu setinggi 1.8 kilometer. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain