suria

Tak serik! Janda ditangkap khalwat kali kedua, kena 6 sebatan

Seorang janda didakwa melakukan kesalahan khalwat buat kali kedua. -Gambar hiasan

BAGAIKAN tidak serik, begitulah yang dapat digambarkan terhadap seorang wanita berstatus janda apabila disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua.

Wanita berusia 37 tahun itu dihukum enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Rabu.

Tertuduh yang bekerja sebagai juruwang itu turut didenda RM4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu Pindaan 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali ditangkap basah, buruh binaan jadi orang pertama disebat di Terengganu

Mengikut pertuduhan, wanita itu bersama pasangannya ditahan berkhalwat ketika serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Taman Geliga, Kemaman kira-kira 3.15 petang pada 31 Januari lalu.

Tertuduh merupakan wanita pertama di Terengganu yang disebat kerana berkhalwat.

Wanita itu sebelum ini pernah disabitkan bersalah mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat pada 28 Januari 2018.

Bagi pasangan lelaki itu, ia merupakan kesalahan kali pertama melibatkan khalwat dan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 23 April.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain