suria

Pengasas PBRS meninggal dunia pada usia 80 tahun

Joseph Kurup meninggal dunia pada usia 80 tahun.

BEKAS Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Rabu.

Mendiang yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Johnson Tee mengesahkan Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, pada 7 petang.

Beliau berkata, Kurup tidak sihat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kurup, ahli politik veteran Sabah, merupakan antara ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sepanjang 40 tahun dalam kepimpinan, beliau memegang banyak jawatan menteri, di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan sekali lagi dari 1994 hingga 1999.

Jawatan terakhirnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) antara 2013 hingga 2018. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain