suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikat, belasah lelaki sampai mati... 5 individu dihadapkan ke mahkamah esok

Tangkap layar video kejadian di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang yang tular di media sosial.

LIMA lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati selepas insiden kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor, minggu lalu akan dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kelima-lima suspek berusia 22 hingga 52 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selasa.

Difahamkan, semua suspek lelaki berusia itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, mStar melaporkan seorang lelaki ditarik keluar dari kereta, diikat tangannya dan dipukul oleh orang awam selepas dia terbabit kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu maut dipukul 5 lelaki, ditemukan terbaring di jalan sambil tangan diikat

Kejadian tragis itu berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.

Selepas itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Susulan kejadian polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun di sekitar Kajang dan Semenyih beberapa jam selepas kes.

Terdahulu, tular sebuah video berhubung kejadian itu yang mana pemandu berkenaan didakwa melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan berhampiran lampu isyarat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain