suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mabuk berang 'dihalau' pekerja restoran, musnahkan peralatan kedai

Perbuatan agresif di tempat awam boleh membahayakan orang lain. -Gambar hiasan

PERGADUHAN di sebuah restoran di Hulu Selangor, Selangor tercetus selepas seorang pelanggan hilang sabar kerana mabuk.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi berkata pergaduhan itu berlaku di sebuah restoran di Bukit Beruntung pada Jumaat sekitar pukul 4 petang.

"Seorang pelanggan yang mabuk telah memasuki premis itu sebelum menyebabkan kekecohan. Kakitangan restoran kemudian mengeluarkannya dari premis itu.

“Marah dihalau, suspek kemudian mengambil sebilah pisau dan bertindak agresif. Beberapa barangan dan peralatan dalam restoran turut musnah.

“Suspek berjaya diberkas sebaik polis tiba di tempat kejadian dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, suspek lelaki tempatan berusia 42 tahun didapati melakukan enam kesalahan jenayah lampau.

"Dia juga cedera semasa pergelutan yang menyebabkannya dibawa ke hospital untuk rawatan.

"Sekitar enam pekerja restoran dan suspek terlibat dalam pergaduhan itu. Ia berlarutan sekitar 20 hingga 30 minit sebelum polis tiba di tempat kejadian," katanya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain