suria

Anak kucing bernilai RM10,000 diselamatkan, dua suspek diberkas di Bandar Utama

Samun bersenjata boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

DUA lelaki telah ditahan kerana dipercayai mencuri dua ekor anak kucing daripada seorang penternak kucing di Bandar Utama, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintenden M. Hussin Sollehuddin berkata mangsa yang berusia 26 tahun telah membuat laporan polis pada Ahad (18 Februari).

“Siasatan menyebabkan polis menahan dua lelaki, kedua-duanya berusia 27 dan 29 tahun.

"Kami turut merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, dua anak kucing baka British Short Hair dan Munchkin, dua pembawa kucing dan sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, motif kejadian adalah disebabkan rasa tidak puas hati berhubung penjualan kucing.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah! Peniaga ditetak dalam kejadian samun, 2 kucing bernilai RM10,000 dilarikan

“Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka direman sehingga Jumaat.

“Kami telah menyelesaikan siasatan dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa.

"Kedua-dua lelaki itu telah didakwa di mahkamah Petaling Jaya pada Rabu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah supaya menghubungi polis PJ di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Untuk rekod, mangsa Ryan Cheah, 26, yang merupakan penternak kucing telah disamun dengan parang manakala dua ekor kucing bernilai hampir RM10,000 dicuri. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain