suria

Harta pusaka punca lelaki amuk, pukul ibu guna tukul - Polis

Anggota bomba bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa.

LELAKI tular yang ditahan kerana memukul ibunya dengan penukul baru-baru ini, didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Malah tindakan agresif yang dilakukannya itu adalah akibat pengaruh dadah berkenaan.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad selepas hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mengamuk pukul ibu guna tukul besi, buka injap tong gas ugut bakar rumah

"Hasil ujian saringan air kencing didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Suspek dipercayai meminta wang bagi membeli dadah dan ibunya sudah memberi 'angpau' sebanyak RM250.

"Namun suspek bertindak mengamuk berikutan tidak berpuas hati terhadap banyak perkara termasuk pembahagian harta pusaka," katanya pada Rabu.

Mohamed Usuf berkata, ibu suspek yang juga peniaga gerai berusia 69 tahun tidak mengalami kecederaan serius namun masih trauma akibat dipukul.

"Suspek dipercayai menggunakan senjata dan memegang sebilah pisau. Inilah akibatnya apabila ketagihan dadah, suspek boleh bertindak apa sahaja di luar kawalan sehingga ibu sendiri jadi mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Februari bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain