suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat 2 juruterbang berjaya dibawa keluar, dihantar ke HTAR untuk bedah siasat

Mayat kedua-dua mangsa ihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira pukul 8.10 malam.

MAYAT dua juruterbang yang terkorban dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor, pada Selasa berjaya dikeluarkan.

Mayat kedua-dua mangsa yang juga warganegara Malaysia itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira pukul 8.10 malam.

Proses bedah siasat dan pengecaman ke atas dua mangsa berusia 30-an dan 40-an itu akan dibuat di hospital sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 juruterbang terkorban, kokpit pesawat terbenam 2 meter dalam tanah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter di dalam tanah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter di dalam tanah.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas dekat Kapar pada petang Selasa.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain