suria

Minta gambar seksi, bagi foto kemaluan! Pengadu sebak beri keterangan kes Ebit Lew di mahkamah

Pendakwah Ebit Lew berdepan kes gangguan seksual.

SEORANG wanita berkata dia bertindak membuat pendedahan tentang gangguan seksual yang didakwa melibatkan pendakwah Ebit Lew selepas melihat satu hantaran di media sosial tentang hal itu.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tenom pada Selasa, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata dia melihat hantaran Facebook itu pada 26 Julai 2021.

"Saya ternampak hantaran di Facebook mengenai sesiapa yang pernah kena gangguan seksual dan boleh berhubung dengan nombor diberikan. Selepas baca mengenainya, saya dan suami ambil keputusan untuk menghubungi nombor berkenaan.

"Saya beritahu pernah dapat gangguan seksual daripada seorang pendakwah terkenal. Orang yang kami WhatsApp itu ialah Fairuz. Pada mulanya (dia) tidak mempercayai kerana kami tidak menunjukkan bukti.

"Selepas itu saya berikan satu gambar dan dua tangkap layar teks WhatsApp barulah mereka percaya," ujarnya yang kelihatan menyeka air mata dan sebak ketika memberi keterangan di hadapan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan

Dakwa pengadu wanita itu lagi, mesej yang diterimanya juga hampir sama dengan kiriman WhatsApp yang diterima oleh mangsa-mangsa lain.

"Saya minta daripada Fairuz contoh teks mereka dapat daripada mangsa lain.

"Saya dapati teks dan ayat yang digunakan sama dengan yang dia WhatsApp kepada saya selama ini iaitu meminta gambar seksi dan gambar diberikan pada saya, dia berikan juga kepada mangsa lain iaitu gambar kemaluan," ujarnya lagi.

Wanita itu turut diminta oleh mahkamah untuk menjelaskan gangguan seksual yang dialaminya daripada Ebit.

"Dia memberikan gambar kemaluan yang bagi saya sangat tidak senonoh. Selain itu kata-kata yang dia tulis di WhatsApp sangat keterlaluan. Bagi saya perkara itu menganggu saya sebagai perempuan," ujarnya.

Beranggapan Ebit adalah individu yang mempunyai 'nama besar' dan berpengaruh, wanita itu dan suaminya telah membuat keputusan untuk membuat laporan di Bukit Aman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain