suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat dilihat bersepai di udara! Bomba giat cari mangsa

Tangkap layar video yang memaparkan pesawat itu bersepai di udara.

VIDEO menunjukkan sebuah pesawat ringan yang bersepai di udara sebelum terhempas dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar, Klang tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi orang awam, serpihan pesawat itu dilihat melayang-layang di udara sebelum jatuh di kawasan berkenaan.

Pesawat itu dipercayai meletup terlebih dahulu sebelum ia terhempas kira-kira pukul 1.56 tengah hari tadi.

"Dia meletup kat sini, ekor jatuh kat sini," ujar seorang lelaki dalam video tular yang dikongsi di media sosial.

pesawat2

Sebahagian serpihan yang jatuh di kawasan kebun.

Sebahagian komponen pesawat itu dilihat jatuh bertebaran di kawasan ladang sawit serta kediaman penduduk.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.56 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat ringan terhempas dalam kebun sawit, serpihan bangkai jatuh tepi rumah penduduk kampung

Sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis 'Air Craft Aviation Safety Technology' itu terhempas dan terbakar.

"Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain