suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat ringan terhempas dalam kebun sawit, serpihan bangkai jatuh tepi rumah penduduk kampung

Serpihan helikopter turut dtemui berdekatan rumah penduduk kampung.

SEBUAH pesawat ringan dilaporkan terhempas di kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada tengah hari Selasa.

Menerusi foto yang dikongsi di media sosial, kelihatan serpihan pesawat ringan itu bertebaran di atas tanah.

Malah, sebahagian komponen pengangkutan udara itu turut jatuh berdekatan sebuah rumah.

Sebuah video berdurasi 38 saat pula menunjukkan sekumpulan penduduk kampung sedang memasuki kawasan kebun untuk mencari serpihan kapal terbang berkenaan.

"Dia meletup kat sini, ekor jatuh kat sini," ujar seorang lelaki dalam video itu.

heli2

Sebahagian serpihan pesawat yang dijumpai penduduk kampung.

"Abang cuba cari dekat depan sana," ujar seorang wanita pula.

Dalam pada itu, @julianaNewsMPB di laman X melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu.

Malah, polis juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan itu dalam masa terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain