suria

Teknologi AI ‘jelmakan’ Upin & Ipin dalam rupa manusia sebenar... Wajah Fizi dan Mail pun comel!

Gambaran rupa Upin dan Ipin yang dijana menggunakan teknologi AI.

KEWUJUDAN teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi satu fenomena dalam dunia hari ini.

Dengan adanya AI, manusia boleh mencipta video, foto serta pelbagai jenis audio termasuk suara dengan menggunakan teknologi itu.

Terbaharu, seorang pengguna di laman X dikenali sebagai @ugieeeeee berkongsi gambaran wajah karakter kartun Upin dan Ipin sekiranya mereka merupakan manusia sebenar.

Imej yang dijana menggunakan AI itu dikongsi menerusi laman X pada Sabtu.

"Upin dan Ipin. Sangat tertanya-tanya tentang dua kembar lelaki yang tak besar-besar ni kalau versi sebenarnya macam mana?

u2

Gambaran wajah sebenar karakter Fizi (kiri) dan Mail (kanan) yang dihasilkan menggunakan AI.

"Betul, betul, betul," ciapnya sambil menulis tagline popular kartun popular itu.

Selain Upin dan Ipin, dia turut berkongsi foto watak Fizi, Ehsan, Jarjit, Mail dan Mei Mei yang dijana menggunakan AI sehingga mereka kelihatan seperti manusia.

Hantaran itu turut mendapat respons daripada laman X rasmi Les' Copaque Production, syarikat Malaysia yang menghasilkan siri animasi itu.

"Upin Ipin AI. Sama ke tidak?" ciap Les' Copaque ringkas pada Isnin.

Untuk rekod, siri animasi itu mula disiarkan pada tahun 2017 dan kini turut meraih populariti di negara jiran Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain