suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar seru OIC desak gencatan senjata serta-merta, segerakan bantuan di Gaza

Anwar pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC. -Gambar FB Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak agar gencatan senjata dilakukan serta-merta di Gaza, Palestin.

Perdana Menteri berkata, mereka sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.

"Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad, selepas sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, di Riyadh pada Sabtu.

Sidang kemuncak tergempar itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz dan dihoskan oleh Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman.

Anwar turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Kami mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain