suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siswa boleh balik kampung! Subsidi tiket penerbangan menerusi FLYsiswa diteruskan

Siswa daripada keluarga kurang mampu dibantu menerusi ikhtiar FLYsiswa. -Gambar hiasan

GOLONGAN siswa turut tidak terkecuali mendapat perhatian kerajaan menerusi Belanjawan 2024.

Memahami kekangan kewangan golongan ini, kerajaan komited meneruskan ikhtiar FLYsiswa, iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman, pada tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2024: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

"Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024, pada Jumaat.

Menurut beliau, subsidi tersebut disalurkan hasil daripada pendapatan yang diraih menerusi penjualan nombor plat khas yang dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi bagi memanfaatkan lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Sebanyak 100,000 topi keledar termasuk untuk kanakkanak dibekalkan untuk diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu,"ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain