suria

Berita baik! Rebat elektrik sehingga RM40 sebulan untuk isi rumah miskin tegar

Rebat elektrik akan diteruskan sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar. -Gambar hiasan

PEMBERIAN rebat elektrik akan diteruskan sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar, dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024, pada Jumaat.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2024: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

Berhubung subsidi bagi bekalan elektrik, Anwar berkata kerajaan sudah pun melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bermula tahun ini.

"Pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

"Namun, kerajaan masih menanggung subsidi elektrik RM16 bilion untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Kerajaan akan terus menambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut tahap penggunaan elektrik," ujarnya sambil menambah, keputusan ini memberi isyarat tepat kepada pengguna untuk mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik seharian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain