suria

Jom tukar motor! M40 digalak beli motosikal elektrik, ada rebat sehingga RM2,400

Pembangunan industri EV mendapat perhatian dalam Bajet 2024. -Gambar Faihan Ghani/The Star

SEKTOR pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) turut mendapat perhatian kerajaan menerusi Bajet 2024.

Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah, bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2024: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

"Skim ini (Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik) akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, pada Jumaat.

Tambah Anwar, kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

Bagi melonjakkan pembangunan industri EV, kerajaan turut bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun.

Ini termasuk potongan cukai bagi kos sewaan EV bagi tempoh dua tahun lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain