suria

Paling ditunggu-tunggu! PM umum akaun Fleksibel KWSP, boleh akses bila-bila masa

KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan pencarumnya.

AKAUN ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan mereka.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024, pada Jumaat.

"Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

"Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa," ujarnya.

Menerusi laporan media pada Julai lalu, KWSP pernah menyuarakan cadangan untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Rebat elektrik sehingga RM40 sebulan untuk isi rumah miskin tegar

Dalam laporan berkenaan, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, dia berkata ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.

Dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.

Malah, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain