suria

Azam Baki dilantik semula, terajui SPRM selama setahun lagi

Perkhidmatan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua SPRM bermula 12 Mei ini.

TAN Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa 12 Mei ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Memetik laporan The Star, pelantikan semula untuk tempoh selama setahun telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023," katanya.

Mohd Zuki dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan tersebut selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Azam yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.

Beliau menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain