suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh kenderaan rosak, seorang cedera dirempuh pemandu diserang sawan

Kereta yang dinaiki pemandu wanita berusia 25 tahun.

SEORANG pemandu kereta jenis Toyota Vios dipercayai diserang sawan sebelum melanggar tujuh kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di Pontian, Johor, pada 9 Mei.

Difahamkan pemandu merupakan seorang wanita berusia 25 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, tujuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan mengalami kerosakan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Vios dari arah Pekan Nanas ke Johor Bahru hilang kawalan dan melanggar tujuh kenderaan.

"Kesemua lima motosikal dan dua kereta rosak manakala seorang pejalan kaki cedera," ujarnya.

Pun begitu, pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

pemandu sawan, kemalangan,

Artikel Lain