suria

Bukan kucing je... bomba pertaruh nyawa selamatkan anak kambing

Anggota bomba menyelamatkan seekor anak kambing daripada dihanyutkan banjir.

SEMUA nyawa adalah penting, dan ini termasuklah seekor kambing.

Berpegang teguh kepada moto 'sedia menyelamat, cepat dan mesra', pasukan bomba berusaha menyelamatkan seekor kambing daripada dihanyutkan banjir.

Kejadian berlaku di Kampung Melayu Bukit Batu, dekat Kulai, Johor, pada Jumaat lalu.

Malah, seorang anggota bomba mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba panjat tangga selamatkan kanak-kanak perempuan terperangkap di luar tingkap tingkat 3 pangsapuri

"Anggota saya sedang menjalankan operasi menyelamat di kawasan itu apabila mereka ternampak seekor anak kambing berada di atas timbunan pasir, yang akan ditenggelami air banjir," kata pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang.

"Salah seorang anggota bomba, Charlsrickson James, terjun dari bot penyelamat dan mengharungi air banjir bagi menyelamatkan haiwan itu daripada lemas," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Beliau memuji tindakan semua anggotanya terutama Charlsrickson kerana menyelamatkan anak kambing yang lemah dan tidak berdaya, malah memastikan ia dapat disatukan dengan pemiliknya.

Mohd Rizal berkata, orang ramai yang terjumpa dengan haiwan liar ketika banjir tidak seharusnya cuba mendekati atau menangkapnya sendiri atas faktor keselamatan.

Sebaliknya, mereka harus menghubungi pihak berkuasa seperti JBPM atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain