suria

Tunjuk kemaluan kepada budak umur 12 tahun, polis tahan siak dan warga emas

Kejadian berlaku di tandas sebuah surau dan rumah suspek. -Gambar hiasan

POLIS menahan dua lelaki termasuk warga emas berhubung kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di tandas sebuah surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kejadian itu pada 4.53 petang Jumaat.

"Siasatan turut mendapati kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa. Kedua-duanya merupakan siak dan pesara swasta," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Asri berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi berasingan, pada hari sama.

"Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif, mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan 15 (A)(i) akta yang sama.

"Kita percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, kita telah berjaya menyelesaikan kes ini," katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu dan hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain