suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar 6 enam kereta macam filem aksi, pemandu rupanya positif dadah

Pemandu didapati positif ganja selepas terbabit kemalangan pada Sabtu.

MACAM babak dalam filem aksi.

Begitulah gambarannya apabila seorang lelaki tempatan melanggar enam buah kenderaan sebelum kereta dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, pemandu kereta Lexus itu telah ditahan dan didapati positif dadah jenis ganja.

"Pemandu kenderaan Lexus telah ditahan untuk siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan telah menjalani ujian saringan air kencing di IPD Dang Wangi.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek positif dadah jenis ganja (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian 10.30 pagi Sabtu, kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar enam kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Kemalangan tersebut hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan terlibat, namun tiada mana-mana individu mengalami kecederaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain