suria

Bekas IGP kongsi 6 tabiat isteri tak patut buat, minta jangan masuk campur urusan keluarga

Musa beri peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi membabitkan keluarganya.

KETIKA namanya tiba-tiba menjadi bualan di media sosial, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta orang ramai menghormati privasinya.

Permintaan itu berikutan beberapa video menunjukkan individu lelaki menyerupai Musa, bertengkar dengan seorang wanita tular di media sosial sejak Selasa.

Malah dia memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya.

“Ini masalah (privasi) keluarga, jangan masuk campur.

"Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya dalam ciapan di Twitter.

twit musa

Ciapan Musa di Twitter.

Dia menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter tentang konteks tiga klip video yang dikongsi akaun Twitter lain.

Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu.

Sementara itu Musa turut berkongsi enam tabiat yang patut dihindari oleh isteri iaitu:

1.Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain.

2: Jangan meninggi suara dan mengherdik suami.

3: Jangan keluar rumah sesuka hati tanpa izin suami.

4: Jangan mendoakan kecelakaan buat suami.

5: Jangan membenci kegemaran suami.

6: Jangan menjadi tekanan kepada suami. Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam.

Dia turut berkongsi mengenai hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita," (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim) - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain