suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal keluarkan duit, pemandu lori umur 50 tahun mengamuk tumbuk skrin ATM... Akhirnya didenda RM1,200

Lelaki itu menumbuk skrin ATM kerana gagal mengeluarkan duit pada 9 Januari lalu.

SEORANG pemandu lori berusia 50 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan merosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didenda RM1,200 oleh mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan.

P. Manoharan, yang didakwa melakukan khianat dengan menumbuk skrin ATM di sebuah bank di Lukut, tidak membantah pertuduhan itu selepas ia dibacakan kepadanya di hadapan majistret V.Vanita.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11.10 pagi, 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manoharan, yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah untuk dikenakan denda minimum kerana dia adalah satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya.

"Saya benar-benar kesal dengan apa yang saya lakukan. Isteri saya hanya suri rumah, dan dua daripada empat anak saya adalah individu berkeperluan khas," katanya.

Sebelum ini, polis berkata tertuduh menumbuk ATM selepas gagal mengeluarkan wang tunai.

Dia ditahan sebelum tengah malam pada hari yang sama berikutan laporan yang dibuat oleh seorang pekerja bank. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain