suria

Peguam tarik diri, prosiding kes penderaan Bella ditangguh lagi! Siti Bainun terpaksa cari lawyer lain

Peguam bagi kes penderaan Bella mewakili Siti Bainun menarik diri daripada kes.

KES pengabaian anak istimewa Bella mendapat tumpuan penuh apabila kesemua 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri pada Isnin.

Perkara tersebut dimaklumkan Zurianty Sudin yang merupakan saksi pendakwaan menggerakan kes ini ke muka pengadilan di laman Facebook miliknya.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali sepatutnya meneruskan prosiding bela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom down, Bella, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun berlaku insiden tidak disangka-sangka di mahkamah apabila tiga daripada peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri daripada kes berkenaan.

Dua peguam, Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif memfailkan permohonan menarik diri secara bertulis kepada mahkamah pada Jumaat.

Seorang lagi peguam, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor membuat permohonan secara terbuka di mahkamah pada pagi Isnin ketika prosiding bermula.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lupa kes aniaya Bella... Nasib Siti Bainun diketahui esok

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun paksa Bella makan nasi goreng banyak cili - Saksi

Dilaporkan, pihak peguam mewakili Siti Bainun mengemukakan permohonan menarik diri berikutan tidak mempunyai kelapangan pada tarikh ditetapkan sebelum ini

"Jadual mereka padat dan tidak ada tarikh yang lapang sampai April," tulis Zurianty dalam perkongsian itu.

Katanya, hakim Izralizam Sanusi meminta peguam yang hadir di mahkamah pada Isnin untuk berbincang terlebih dahulu menyatakan sebab serta kesan atas penarikan diri secara mengejut itu.

"Hakim bertanyakan kepada orang kena tuduh (OKT), adakah beliau tahu tentang perkara ini. OKT kata baru tahu pagi ini.

"Sekarang OKT tiada peguam dan perlu cari peguam lain. OKT juga mentioned akan cuba cari peguam YBGK (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan).

Inilah hasilnya ambil 10 peguam probono (percuma). Kesian, tiba-tiba semua tarik diri.

MONA DIN

"Hakim meluahkan rasa kecewa kerana tarikh-tarikh telah ditetapkan awal. Hakim membacakan kronologi ketetapan dan pengurusan kes selama satu jam.

"Pada pukul 11.30 pagi, hakim tangguhkan sebentar dan minta OKT berbincang lagi dengan peguam yang ada (Aminahtul Mardiah) bagi bincang lagi," katanya.

Hantaran di Facebook Mona Din.

Sementara itu, Mona Din yang merupakan seorang aktivis turut berkongsi berita mengatakan semua 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diripada kes berkenaan.

"Inilah hasilnya ambil 10 peguam probono (percuma). Kesian, tiba-tiba semua tarik diri. Tapi OKT tak nangis pula. Drama apakah?.

"Alasan tarik diri? Tidak lapang! Tiba-tiba eh?" tulisnya di Facebook.

Jadilah sebagaian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain