suria

Kedai kasut di pusat beli belah hangus terbakar

Sebuah premis menjual kasut pusat beli belah Mines terbakar.

SEBUAH kedai kasut di pusat beli belah Mines, Selangor, hangus dalam satu kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.52 pagi Ahad.

"Anggota bomba dari tiga balai bomba telah dihantar ke tempat kejadian. Unit kedai itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran," katanya.

Kata Norazam, api bagaimanapun berjaya dikawal pada jam 12.25 tengah hari.

Tiada sebarang mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. -THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kedai kasut, kebakaran, terbakar

Artikel Lain