suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak lelaki maut didera lima rakan kakak

Kanak-kanak lelaki maut didera rakan kakak.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun muat dipercayai didera oleh penjaga dan kakaknya di Batu Pahat, Johor.

Kejadian tersebut dilaporkan seorang lelaki berusia 23 tahun sekitar jam 6.45 malam, Jumaat.

Mangsa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas pengsa di rumahnya di Senggarang, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bersangkutan dengan laporan, pihak polis menahan lima suspek di sekitar Senggarang bermula tengah malam Jumaat sehingga 9.45 malam, Sabtu.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun.

"Dua daripada suspek merupakan kakak mangsa dan suaminya," ujar Kamarul Zaman.

Tambah beliau, polis juga merampas beberapa barangan termasuk kabel pengecas telefon, sarung bantal dan rod motosikal.

Ujarnya, kesemua barangan tersebut digunakan untuk mendera mangsa.

"Mangsa berada di bawah jagaan kakaknya yang berusia 19 tahun selepas ibu bapa mereka dipenjara atas kesalahan dadah.

"Bagaimanapun, kakaknya meminta rakan untuk menjaga mangsa.

"Namun, mangsa akhirnya meninggal di Hospital Sultan Ismail pada jam 6.45 petang, Isnin selepas dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut sejak Jumaat," jelasnya.

Kesemua suspek direman sehingga 31 Disember ini bagi membantu siasata dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pun begitu, susulan kematian mangsa, kes akan turut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

maut didera, rakan kakak dera,

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia