suria

Kenali siapa Anwar Ibrahim... Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10

Anwar sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

LIMA hari berteka-teki, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian rakyat Malaysia berakhir... Anwar Ibrahim PM kita!

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang anda perlu ketahui:

1) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

2) Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar

anwar pic 4

Anwar dan Wan Azizah dikurniakan enam anak.

3) Memulakan kerjaya politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

4) Mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982 hingga 1999 dan sekali lagi pada Ogos 2008 hingga Mac 2015

5) Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)

6) Terpalit tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada 1998.

anwar pic 3

Anwar ketika ditahan pada 1998.

7) Dihukum penjara selama enam tahun pada 1999, selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat) yang mana kes berkenaan 'melahirkan' Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat)

8) Sekali lagi didakwa dengan tuduhan liwat membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan menyaksikannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015, sebelum memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018.

anwar pic 2

Agong berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.

9) Bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak berjaya. Kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun dan menang dengan majoriti undi 3,736.

10) Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya untuk PRU15 memperoleh 82 kerusi. Kini merupakan Presiden PKR dan Pengerusi PH.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain