suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bursa Malaysia melonjak tinggi selepas PM baharu diumum, prestasi terbaik dalam tempoh 2 tahun

Bursa Malaysia melonjak naik pada Khamis.

BURSA Malaysia melonjak tinggi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10, pada Khamis.

Penanda aras Indeks KLCI naik 3.46 peratus kepada 1,493.43 setakat pukul 3.30 petang tadi, menyaksikan ia prestasi terbaik sejak November 2020.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada petang Khamis selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presiden PKR itu menerima perkenan Agong untuk dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain