suria

Pelajar Malaysia dipercayai mati dibunuh, keluarga berlepas ke Taiwan untuk urusan pengebumian

Cai ditemui mati di apartment miliknya di Taipei.

KELUARGA seorang wanita warga Malaysia berusia 24 tahun yang mati dibunuh di Taiwan, telah terbang ke negara itu untuk menguruskan pengebumiannya.

Pengarah bahagian akhbar dan media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (Teco), Benjamin Hong Zheng-bin berkata, keluarga itu telah menyelesaikan semua prosedur yang diperlukan untuk terbang ke Taiwan serta-merta selepas dimaklumkan.

Keluarga itu juga enggan didedahkan kepada umum atas tujuan privasi, tambahnya.

"Jadi kami tidak akan berkongsi mengenai perjalanan mereka," katanya kepada Sin Chew Daily pada Jumaat.

Hong berkata Teco telah membuat persiapan untuk membantu keluarga mangsa sebaik tiba di Taiwan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi kelahiran Malaysia Eison Chai meninggal dunia terjatuh di stesen MRT Taiwan

Memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa atau mematuhi kuarantin semasa tiba di Taiwan, Hong berkata keluarga itu boleh mengendalikan urusan pengebumian dengan segera.

Pada Khamis, media tempatan melaporkan bahawa seorang pelajar Malaysia, yang nama keluarganya hanya dikenali sebagai Cai, ditemui mati di apartmennya di Taipei.

Terdapat tanda-tanda mangsa mati akibat cekikan.

Pada kira-kira pukul 5 petang hari yang sama, polis di sana menerima maklumat bahawa seorang lelaki berusia 30 tahun bernama Chen yang terlebih mengambil ubat, mengaku kepada paramedik bahawa dia telah mencekik seorang wanita di Jalan Dadong di daerah Shilin, Taipei City.

Polis kemudian menemui mayat Cai di pangsapuri.

Chen, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital, telah sedarkan diri.

Bagaimanapun, keadaannya masih tidak stabil untuk dirakamkan kenyataan.

Polis Taipei berkata siasatan sedang dijalankan.

Menurut Sin Chew Daily, Cai yang berasal dari Serdang, Selangor, pergi ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Ming Chuan.

Mendiang juga pernah bekerja sebagai model dan live streamer. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pelajar Malaysia, mati, Taiwan, dicekik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain