suria

Jason Derulo datang JB! Bakal meriahkan malam gemilang sambutan kejuaraan JDT

Penyanyi Amerika Syarikat, Jason Derulo bakal membuat persembahan pada sambutan 'A Night of Johor Champion', pada Sabtu.

PENYANYI terkenal antarabangsa, Jason Derulo bakal membuat persembahan dalam sambutan 'A Night of Johor Champion' sempena malam gemilang kejuaraan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu (15 Oktober).

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi catatan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Sambutan malam gemilang itu akan diadakan selepas perlawanan terakhir Liga Super Malaysia, JDT menentang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

JDT muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, di mana pasukan itu juga telah merangkul gelaran juara Piala FA dan Piala Amal tahun ini.

JDT II memenangi Liga Perdana Malaysia 2022 manakala Akademi JDT memenangi tujuh piala peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Piala Presiden Bawah 21 tahun oleh JDT III.

Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada 2022.

Sambutan itu turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.

Kontinjen Sukma Johor 2022 memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa untuk muncul juara keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah 36 tahun temasya itu. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain