suria

DUN Kelantan, Terengganu, Kedah tak bubar... PAS kukuh kerjasama dengan PN

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

ARTIKEL BERKAITAN: PM terpaksa bubar Parlimen, akui tindakan 12 menteri jejas keharmonian dalam kabinet

Antara lain yang diumumkan, PAS mahu memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), atas prinsip penyatuan ummah.

PAS juga akan memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN manakala senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Mailis Syura Ulama.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar pada Isnin lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain