suria

Akhirnya rakyat dapat tatap wajah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah

Wajah jelita Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah mendapat pujian netizen. Foto: FB Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

CANTIK Tuanku Permaisuri Sultanah Klate (Kelantan).

Demikian antara komen yang diberikan netizen terhadap perkongsian di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, yang memaparkan wajah Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Menerusi perkongsian tersebut, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan, pada Selasa.

"Rombongan diketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz (Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan) dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

sultanah 3

Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (tengah) bersama sebahagian ahli Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan (PKDK).

"Turut sama hadir menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato' Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D'Raja Kelantan), YM Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan," demikian perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Kelantan isytihar Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan

Beberapa keping gambar pertemuan tersebut dimuat naik bersama perkongsian berkenaan.

Kelihatan Sultanah Nur Diana Petra anggun mengenakan persalinan kurung moden bermotif batik rona 'peach' dan lengkap berselendang.

Wow first time tengok Sultanah Kelate.

NETIZEN

Meskipun turut memakai topeng pelitup muka, namun kejelitaan baginda nyata terserlah.

Difahamkan, ini adalah kali pertama wajah baginda dipaparkan selepas diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila dapat menatap wajah baginda.

komen 1

Netizen turut teruja melihat wajah Sultanah Kelantan buat kali pertama.

"Wow first time tengok Sultanah Kelate.

"Ni tubik dah wajah isteri Sultan Kelate.

"Moga Tuanku Sultanah dalam perlindungan Allah selalu," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain