suria

Sekumpulan lelaki bersenjata terjah rumah wanita, larikan mangsa dengan kereta Vios

Seorang wanita berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di rumahnya Kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat, pada Selasa. Gambar hiasan

SEORANG wanita dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat, pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim yang berusia 36 tahun, didakwa dilarikan empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Suspek turut didakwa mempunyai senjata semasa melarikan wanita berkenaan yang juga seorang ejen produk kosmetik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia takut kalau dibaringkan” - Bayi mangsa culik masih trauma, ibu cuba rawatan Islam

"Kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau juga memohon kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan insiden terbabit boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan 09-7450999.

Sejak awal hari ini, satu video tular di media sosial dipercayai kejadian penculikan melibatkan mangsa. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain