suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba-tiba tak sedarkan diri, lelaki 51 tahun meninggal ketika daki Gunung Kinabalu

Lelaki itu meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Ahad. Foto: ZHAFARAN NASIB/The Star.

SEORANG warga Malaysia berusia 51 tahun meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Ahad.

Lelaki itu dilaporkan tidak sedarkan diri di KM3.2 laluan itu, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa turun.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) dimaklumkan pada 1.23 tengah hari oleh malim gunung bahawa seorang pendaki tidak sedarkan diri ketika mendaki gunung.

“Pasukan yang diiringi kakitangan Taman Sabah dan malim gunung, mencuba bantuan pernafasan ke atas mangsa sebelum membawanya turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat sambil menambah operasi tamat pada jam 4.30 petang. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain