suria

Lelaki Malaysia tinggal di Singapura kena cacar monyet... Lawat JB, P.Pinang sebelum disahkan positif

Khairy bercakap ketika sidang media KKM pada Jumaat.

SEORANG rakyat Malaysia yang menetap di Singapura disahkan positif jangkitan cacar monyet pada 6 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, lelaki berusia 45 tahun itu ada berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.

"Kita telah diberitahu bahawa ada kes cacar monyet yang melibatkan rakyat Malaysia di Singapura. Terima kasih Kementerian Kesihatan Singapura kerana telah memberi maklumat terperinci mengenai kes tersebut.

"Saya ingin umumkan bahawa kes adalah seorang lelaki berusia 45 tahun, rakyat Malaysia yang menetap di Singapura. Dia mengalami gejala pada 30 Jun dan positif pada 6 Julai.

"Beliau dari 11 Jun hingga 12 Jun berada di Johor Bahru. Pada 17 Jun hingga 20 Jun dia melancong ke Pulau Pinang bersama kawan serta keluarga. Pada waktu itu tiada gejala.

"Pada 2 Julai dan 3 Julai, beliau sekali lagi telah pergi ke Johor Bahru, pada masa itu lelaki ini dah ada gejala," ujar Khairy Jamaluddin menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Tambah Khairy, KKM mengesan 15 kontak rapat kes tersebut, namun punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

"KKM telah mengadakan siasatan terhadap individu tersebut yang telah memberi maklumat mengenai kontak rapat. 14 orang kasual kontak dan mempunyai risiko jangkitan yang rendah kerana tidak bergejala dan seorang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Singapura dan sedang kuarantin di negara tersebut.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan. Tapi kita telah maklumkan pada 14 kasual kontak untuk buat saringan kesihatan kendiri. Jika ada gejala, mereka perlu datang segera ke fasiliti kesihatan KKM," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain