suria

Tragis! Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga

Polis dan forensik menjalankan menjalankan siasatan di lokasi kejadian bunuh membabitkan pasangan suami isteri di Taman Bercham Aman. Foto: Sinar Harian

SEPASANG suami isteri ditemui meninggal dunia, dipercayai dibunuh ahli keluarga di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada Khamis.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui di bahagian ruang tamu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tergamak kelar leher anak dan isteri, lari naik motor dalam keadaan bogel

Pasukan polis dan forensik masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman.

Mayat kedua-dua mangsa juga belum dibawa keluar.

Setakat ini identiti mangsa serta suspek masih belum diketahui. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain