suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semua dia sapu!” - Netizen seram tengok lori angkut pasir sondol kereta di Tambak Johor

Kemalangan di Tambak Johor-Singapura pada pagi Khamis berpunca daripada sebuah lori yang mengalami masalah brek.

GARA-GARA brek gagal berfungsi, sebuah lori pasir hilang kawalan lalu merempuh beberapa kenderaan, dalam kejadian yang berlaku di Tambak Johor-Singapura, pagi Khamis.

Video memaparkan kenderaan berat tersebut 'menyondol' kenderaan di hadapannya tular selepas dikongsikan oleh pengguna jalan raya yang melalui lokasi berkenaan, di media sosial.

"Kemalangan di Tambak Johor hari ini 7 Julai 2022. Lori mengalami masalah brek katanya," demikian kapsyen pada perkongsian di laman Facebook Community Roda Johor.

Menerusi video berdurasi sekitar kurang daripada 30 saat itu, kelihatan beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.

Kejadian berlaku ketika jalan tersebut sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menghala ke Singapura.

Sementara itu rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut dengan insiden yang menyebabkan banyak kenderaan rosak.

"Ya Allah seram betul tengok banyak kereta dia langgar.

"Masalah break tu, semoga dipermudahkan segala urusan.

"Semua dia sapu, nasib baik bukan lorong motosikal," demikian komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain