suria

Suspek lelaki terlibat video ‘prank’ tarik tudung wanita ditahan, polis buka kertas siasatan

Tangkap layar daripada video 'prank' tarik tudung yang menerima kecaman hebat di media sosial.

SUSULAN penularan video 'prank' tarik tudung di media sosial baru-baru ini, pihak polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam 'eksperimen sosial' tersebut, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam, Selasa.

"Satu kertas siasatan dibuka, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampahnya perangai”- Wanita terpinga, tengah cakap phone ada lelaki tarik tudung demi content... kalau muka tercucuk jarum siapa nak jawab?

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja buat ‘content’ tarik tudung! YouTuber mengaku silap, niat nak uji sejauh mana netizen pertahan agama

Dalam masa yang sama, Ashari menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti.

Terdahulu, video 'prank' tarik tudung wanita oleh seorang lelaki yang juga YouTuber menjadi tular selepas dia memuat naik video di saluran YouTube miliknya.

Selepas mendapat kecaman, lelaki berkanaan berkata niatnya menghasilkan video itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu mempertahankan agama Islam.

Dalam video kedua yang dimuat naik, lelaki itu juga tampil bersama dua wanita yang kononnya menjadi 'mangsa' tudung ditarik.

Mereka menjelaskan bahawa kandungan tersebut sememangnya sudah dirancang untuk melihat reaksi netizen.

mStar turut menyiarkan temu bual dengan YouTuber berkenaan selepas dia teruk dikecam susulan video 'prank' berkenaan.

Dia malah memohon maaf kerana video yang dimuat naik itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain