suria

Bekas isteri SM Faisal dipenjara 7 hari gara-gara ubah tarikh lawatan anak

Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan bekas isteri SM Faisal menjalani hukuman penjara selama tujuh hari.

AKIBAT kegagalan untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anak, bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, 43, dipenjara tujuh hari bermula Isnin.

Menurut peguam syarie, Nazri Yahya berkata, anak guamnya ditahan di Penjara Wanita Kajang selepas hadir untuk serah diri di mahkamah ini.

"Selepas pemenjaraan itu, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 6 Julai," katanya.

Emilia tiba di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada jam 9.50 pagi untuk prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka.

Kehadirannya pada pagi ini memakai jubah dan selendang putih tiba di mahkamah dengan ditemani peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim serta penyokongnya.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhi hukuman tujuh hari ke atas Emilia kerana menghina mahkamah ekoran mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini yang menjatuhi hukuman penjara berkenaan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain