suria

Lebuhraya KL-Karak ditutup sebahagian mulai pukul 11 malam ini

Lebuhraya KL-Karak akan ditutup sebahagian selama 30 minit pada malam Isnin bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan ECRL. Foto: Bernama

LEBUHRAYA Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup selama 30 minit pada malam Isnin (27 Jun) bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pengurus Besar Kanan Syarikat Konsesi Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata penutupan mulai 11 malam itu adalah untuk memudahkan laluan bagi jentera berat yang digunakan dalam pembinaan terowong ECRL di Genting.

ARTIKEL BERKAITAN: Projek ECRL: Bukan RM55 bilion, tapi RM66 bilion

"Kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari KM55.35 sehingga KM55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.

"Anih Berhad ingin menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka dan jika perlu, percepatkan atau menangguhkan perjalanan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Radzimah berkata hanya lorong kiri akan dibuka untuk kedua-dua arah selepas 11.30 malam.

Beliau berkata laluan itu dijangka dibuka semula sepenuhnya pada 5 pagi Selasa (28 Jun).

Radzimah mengingatkan pengguna lebuh raya supaya memandu secara berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi serta memastikan keadaan kenderaan mereka berada dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.

Maklumat yang tepat dan terkini boleh didapati di Twitter @LLMTrafik, @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia, @Lebuhraya Pantai Timur atau talian hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818- 700. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ECRL, Lebuhraya KL-Karak, Lentang, Anih

Artikel Lain