suria

Anak Ustaz Kazim dapat 9A SPM, empat subjek raih cemerlang tertinggi

Ustaz Kazim berkongsi kejayaan anaknya meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2021.

HANTARAN di media sosial pada Khamis 'meriah' dengan perkongsian warga maya yang memuat naik keputusan cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 masing-masing.

Tidak ketinggalan, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias turut berkongsi kegembiraan apabila anaknya memperoleh 9A bagi peperiksaan tersebut.

Mohd Kazim berkongsi berita itu di laman Instagram milik beliau sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami luka, berdarah secara tiba-tiba... Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya

"Alhamdulillah. Syukur. Tahniah kepada anak kelima. Terima kasih kepada cikgu-cikgu," tulisnya ringkas.

Mohd Kazim turut memuat naik slip keputusan SPM 2021 yang memaparkan anaknya memperoleh semua A dalam sembilan subjek diambilnya, dengan empat subjek meraih cemerlang tertinggi (A+) iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

Susulan itu orang ramai menghujani perkongsian berkenaan dengan ucapan tahniah buat anak penceramah tersebut.

"Tahniah kepada ustaz dan anak ustaz.

"Tahniah anak ustaz DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias), semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat.

"Hebat anak ustaz! Alhamdulillah... syukur, tahniah!" demikian komen netizen.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih melebihi 11,000 tanda suka (likes).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain