suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik! Tambang percuma pengangkutan RapidKL selama sebulan

Perkhidmatan percuma itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

DIKEMASKINI

BERITA baik! Semua pengangkutan awam kendalian RapidKL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan, mulai Khamis (16 Jun).

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.

Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Ismail Sabri berkata, perkhidmatan percuma MRT, LRT, BRT serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau berharap Keluarga Malaysia yang terbabit mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam itu dan meletakkan kenderaan masing-masing di 'Park N Ride' dan #JomNaikMRT.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasa 1 MRT laluan Putrajaya bermula 16 Jun

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang Rabu.

Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.

Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain