suria

Pendaki hilang di Gunung Suku: Bahagian badan ditemui dalam timbunan kayu

Bahagian atas badan yang ditemui dalam timbunan kayu. Foto: Ihsan JBPM Perak

PASUKAN penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dua pendaki yang hilang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai pada Ahad, menemukan bahagian kedua badan manusia.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris, bahagian atas badan berkenaan ditemui dalam timbunan kayu kira-kira jam 10.20 pagi, Isnin.

"Bahagian tubuh mangsa itu dijumpai dalam timbunan tanah selepas sejam pasukan memulakan operasi mencari dan menyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang ketika mendaki bukit di Tanjung Bungah, dua kali cari masih tak dijumpai

"Penemuan itu melibatkan separuh badan bahagian atas itu dibawa turun oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM)," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Pos Atap Baru, pada Isnin.

Menurut Muhamad Shahrizal, bahagian tubuh itu ditemui kira-kira 250 hingga 300 meter dari bahagian kaki yang ditemui pada Ahad.

Bagaimanapun Muhamad Shahrizal berkata pihaknya belum dapat mengesahkan bahagian badan itu saling berkaitan dengan kaki kiri yang ditemukan sebelum ini.

"Beberapa lokasi telah dikenal pasti di sepanjang aliran sungai tersebut. Bagaimanapun keadaan hujan lebat menyukarkan operasi," katanya.

Katanya, tiada petunjuk baharu ditemui setakat ini.

Operasi hari kedua turut melibatkan pasukan elit JBPM iaitu Unit Must Team dan K9 selain dibantu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Media sebelum ini melaporkan dua pendaki wanita hilang dikhuatiri dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku.

Kedua-dua mangsa berusia 32 tahun dan 46 tahun itu merupakan sebahagian daripada kumpulan 29 pendaki, dilaporkan hilang kira-kira jam 5 pagi Ahad. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain